
Hamba sekeluarga berpeluang meninjau 'daerah' yang sudah lama ditinggalkan..Menurut Ayahnda(Hj Abdul Aziz Hj Harun) sudah 18 tahun kami meninggalkan 'pusaka' nenek moyang ini. Bagaimanapun atas usaha dan tiupan nafas kata-kata semangat, Ayahnda dan Bonda (Hjh Noriah Merah) menghidupkan kembali nostalgia'lama yang akan terpahat menjadi -
sebuah 'sejarah' yang membolehkan keinginan memori lama menerajang masuk ke dalam akal sanubari.
Tanggal 20 Nov 2010 satu mesyuarat khas telah diadakan di 'Teratak Aki Embong', Kuala Atok, Sega Raub, Pahang. Dulu warisan inilah yang dikatakan menyimpan 1001 Khazanah yang cukup bernilai bagi mendewasakan kami seketurunan. Apa tidaknya, dari sudut penceritaan lisan Ayanhda Chu (Mohd Sulaiman Hj harun) banyak yang boleh dilabelkan oleh hamba satu pengajaran yang cukup jelas dalam mendewasakan kami.
Kita lupakan dulu kisah penceritaan tersebut. Tatkala hamba sampai ke teratak tersebut, senarionya sudah cukup berubah. Dari segi sudut tajam mata fotografi hamba ia cukup menggambarkan 'tranformasi' Kg.Kuala Atok.
Teratak Aki Embong kini bernafas semula selepas 18 tahun ditinggalkan.
Hamba berfikir sejenak:kederat atok (Allahyarham Hj Harun Hj Abdul Rahman) cukup gah. Mau tidaknya lot tanah yang dulu diteroka dengan tulang empat kerat kini sudah jelas kelihatan. Luas: tidak seperti 3 bulan dahulu semasa hamba meninjau keadaan struktur kawasan tersebut diliputi semak dan hutan tebal. Hamba masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak, cukup seronok bila dapat menjamah udara dan persekitaran disitu. Menurut kata adinda hamba (Hj Naim Luqman Hj Abdul Aziz) 'hall' teratak itulah yang paling besar dalam Kuala Atok (benar atau tidak Wallahualam).
Kayu-kayu alang terpakai yang kini masih 'gagah' untuk digunakan.
Takungan air perigi ditemani buah kelapa, rambutan, durian, manggis, petai, langsat, jambu batu dan pelbagai jenis lagi buah dusun yang kadang-kadang hamba pun tidak pernah merasa isinya. Termasuklah juga daun keladi yang sesuai dimasak gulai. Dahulunya durian belanda pun ada. Cerita pasal perigi, kali ini hamba sempat menjengah ke kawasan mulut perigi tersebut. Wow!-Perkataan pertama terpacul keluar dari lidah hamba. Masih digenangi air.Tidak kering walau setitik embun (bisikan hati bicara indah). Sungguhpun begitu dinding perigi yang masih utuh diwarnai lumut. Air yang dulunya jernih sejernih mineral sudahpun keruh. Ya lah 18 tahun ditinggalkan. Hanya bertemankan pohon nyior dan unggas-unggas sahaja.
Hamba bersama Isteri (Norsuzita Zainudin) dan Puteri, Nur Zahra Qadeeja
sempat 'menakluk' jajahan warisan Atok dahulu.
Kali ini telah dilot-lotkan untuk hak kesamarataan waris-waris penama Atok dan Nenek (Allahyarhamah Hjh Sharifah Idris).
Nur Zahra bergaya dengan but ' Phua Chu Kangnya'.
''Hati-hati banyak kaca kat belakang tuh..yang lain takpe komeh (bahasa K. Atok) dah buangkan"- bicara Bonda dari jendela dapur. Zahra yang dibesarkan di bandar kota, amat teruja bila melihat persekitaran yang jauh berbeza dengan apa yang dilihat sebelum ini. Seronok bukan kepalang. Sempat juga hamba ke pekan benta membeli sepasang but 'Phua Chu Kang' untuk keselesaannya.
''Tanah masih basah banyak yang nak dipunggah'' bingkas Ayahnda yang sibuk membersihkan
rumpai tanah yang masih belum dinyahkan. Sungguh cepat masa berlalu..kali ini mesyuarat sedang 'berlangsung'. Meriah. Walau tidak ramai penguni tetapi sudah cukup membangkitkan
suasana 25 tahun dahulu (masa tu hamba baru berumur separa kanak-kanak). Banyak pengetahuan dan salasilah yang dikupas. Hampir dua jam setengah 'gelanggang' perbincangan (sampai anaknda hamba tewas tertidur) maka keputusan termaktub dan terpatri kemas bersaksikan waris-waris yang hadir.
Musyuarah dalam membuat sesuatu keputusan penting dalam menentukan sifat-sifat yang termaktub.
Menjelang petang (selepas solat asar) majlis doa selamat yang dihadiri saf-saf masjid dan
orang-orang kampung, maka berkumandanglah surah Yassin di pelosok sudut Teratak Aki Embong. Kali ini hamba turut serta. Anaknda sibuk 'mengukur' keluasan rumah. Mana tidaknya, maklumkah luas..kejap pintu depan kejap pintu tepi. Keluar masuk- keluar masuk sahaja yang dia tahu. Bagaimanapun hamba berpesan padanya supaya jangan langgar 'pantang' orang dalam ibadah.
Dibuai mimpi indah saat jauh dari hiruk pikuk dan perjalanan dari kota metropolitan.: Atuk dan nenek di hadapan 'signboard Teratak Aki Embong'
Dia yang masih kecil agak mengerti arahan hamba. Walau kadang terbantut juga hasrat nak menghabiskan perjalanan dia 'meneroka' Teratak Aki Embong.
Malam terasa panjang dengan bunyian unggas-cengkerik-dan macam-macambunyi lagi. Televisyen belum ada. Maklumlah rumah 'baru'. Semua belum lengkap dan dapat diisi sepenuhnya. Cuma Kamus Ayahnda Chu malam itu menjadi rancangan yang menarik untuk dikongsi bersama. Sambal tempoyak gesek bonda + ikan patin goreng + gulai daging import dari Gombak menjadi santapan kami malam itu. Terima kasih Bonda dan Bonda Chu kerana menyiapkan santapan malam yang penuh dengan suasana kampung. Anaknda hamba sibuk mengira ulat-ulat (katanya) yang asyik berterbangan di siling rumah. Malam berganti siang. Awal Subuh anaknda Zahra bingkas bangun: Mungkin kerana janji yang dimetrai bersama hamba malam tadi nak pergi 'melawat' ke pekan Benta. Pekan harian utama untuk penduduk kampung, Kalau dahulu nak pergi pekan Benta ambil masa 45 minit.
Kini hanya 15 minit sahaja. Dah ada jalan baru. Ringkas dan jimat.
Teratak Aki Embong yang kini dijagi rapi oleh Ayahnda Hj Abdul Aziz Hj Harun.
Selesai sudah 'memborong' termasuk anaknda Zahra yang sibuk dengan 'buble'nya, kami sekeluarga pergi menijau Jeram lipis. Air masih macam dahulu. Agak sedikit keroh mungkin atas faktor penerokaan. Deruan air cukup deras mungkin hujan lebat malam tadi di Kuala Atok. Usai kenangan hamba, lepas jugalah berendam dalam jeram lipis ini. Dahulu jambatannya kayu, kini sudah sepenuhnya konkrit. Mungkin faktor itu jugalah denai-denai menuju ke jeram ni sudah tidak kelihatan.
Sempat hamba sekeluarga 'berjasa' membersihkan laman persekitaran dengan timbunan-timbunan kayu mati untuk 'keselesaan' mata memandang.
Membersihkan persekitaran termasuk membakar sabut cukup menyeronokkan buat anaknda Nur Zahra Qadeeja.
Mengusung alang-alang kayu dari ditimbun di bawah rumah ke pangkal pohon
rambutan sedikit sebanyak mengikat peluh hamba: Penat tapi seronok. Luas tanah penerokaan Arwah Tok Dulu. Bersaksikan matahari, hamba rasakan bukan hamba sahaja selaku penghuni baru tetapi ada lagi penghuni lama yang sudah 'bermaustatin' awal dari Ayahnda hamba. Seperti dijangka 2 ekor lipan bara muncul ketika kayu terakhir mencecah tanah diangkat. Seingat hamba kali terkhir hanya hamba lihat dari televisyen, itupun dalam rancangan National Georaphic. Kali ini realiti. Sempat hamba merakamkan detik ini pada mata lensa untuk dijadikan arkib simpanan hamba. Panjangnya mencecah 5 Inci. Hamba tak dapat bayangkan sekiranya sempat ia 'menjamah' kaki hamba dan Ayahnda.
MasyaALLAH.
'Salah seekor lipan bara yang sempat hamba 'mendomumentasikan' sebagai bahan arkib.
Kali ini hamba sekeluarga puas 'menceroboh' masa di Desa Kuala Atok. Seminit bagaikan sejam. Biarpun ia masih kekal tetapi pengalaman sekarang dengan dahulu banyak bezanya. Terima kasih Ayahnda dan Bonda kerana dapat menjelmakan semula apa yang selama ini dibiarkan beku.
'Kami bertiga: Hamba, Long Mi dan Penghulu Khalid di hadapan rumah lama peninggalan arwah tok dan nenek.'
Terima kasih pada semua yang menghadiri dan memberi sokongan pada perjumpaan tersebut. Bonda Mak We, Mak Tam, Mak Ndak dan Makchu. Ayahnda Pak Tam, Pak Chu. Kekanda Long Mie dan Abang Syukri dan tidak lupa juga waris penghuni Kuala Atok.
-Antara waris-waris yang hadir bergambar di hadapan 'teratak baru' selepas selesai bersidang.
Buat 'Penghulu', Kekanda Khairul Khalid Hj Abdullah @ Upaq.. Syukur Alhamdulilah kerana andalah satu-satunya waris yang masih 'diamanahkan' di Kampung Kuala Atok.-MOHAMMAD NAIM FIRDAUS HJ ABDUL AZIZ